Menjelaskan serba sedikit tentang Destar/Tanjak seperti berikut:
- Asal Usul Tanjak.
- Jenis kain yang sesuai digunakan untuk menghasilkan Destar.
- Nama dan ciri-ciri Destar.
ASAL USUL DESTAR.
Asal usul Destar ini berasal dari orang melayu dahulu yang bertujuan untuk melindungi kepalanya daripada cuaca panas, Datanglah idea untuk mengikat kepala untuk melindungi atau mencegah daripada apa-apa jua unsur yang bakal memberi kesan kepada si pemakai. Terhasil lah sebuah sarung kepala yang dipanggil sebagai Destar dan orang dahulu mengikat kepalanya mengikut kreativiti sendiri dan tidak bertujuan untuk kemas, sekadar untuk berlindung. Tapi berbagai idea-idea kritis dan kreatif orang melayu ini untuk membentuk Destar dengan kemas dan cantik ketika dipakai, Orang melayu zaman dahulu pandai mengikat kepalanya sendiri, bahkan pada zaman sekarang susah ingin mencari orang melayu yang pandai menggubah Destar dengan kreativiti sendiri, dan budaya Destar ini tidak diamalkan lagi pada zaman ini bagi rakyat biasa kerana zaman semakin pesat membangun. Kebanyakannya memakai ketika perlu dan jika berkeinginan hanya tempah/beli di mana2 tempat yang menawarkan penghasilan Destar. Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita kembangkan dengan Destar ini walaupun Destar ini hanya sarung kepala yang diletak dikepala, banyak pemikiran kreatif boleh terhasil jika kita mendalami ilmu ini. Penghasilan sebuah Destar amat memainkan peranan dari segi kekemasan, penggunaan kain yang hendak digunakan. Hal ini kerana, kekemasan melambangkan budaya melayu yang amat dititikberatkan bagi menjamin keterampilan sipemakai. Pada pendapat saya, budaya ini haruslah dikekalkan kerana budaya ini merupakan warisan asli melayu sejak dari dahulu lagi.
JENIS KAIN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN DESTAR.
Kalau diikutkan kain yang digunakan adalah kain songket, kerana majoriti menggunakan kain songket untuk menghasilkan Destar. Pada zaman dahulu, kain yang digunakan melambangkan hierarki darjat seseorang. rakyat biasa memakai kain batik dan kain ikat kebiasaanya, jenis kain yang paling mahal pada waktu itu adalah kain cindai digunakan untuk penghasilan Destar kerana orang melayu dahulu mempercayai bahawa kain cindai ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, Jika diikutkan dengan kisah Hang Tuah pada zaman dahulu, ketika Hang Tuah sedang mengamuk ditikam di Melaka pada waktu itu Hang Tuah dapat bertahan kerana ikatan kain cindai yang dipakainya. Kebiasaan orang dahulu membuat sarung kepala (Destar) menggunakan kain batik, kain kapas hitam atau putih, tapi pada masa kini oleh kerana pandai nya orang melayu menenun, kain songket sahaja yang digunakan untuk menghasilkan Destar dan tidak dibezakan darjatnya kerana perbezaan darjat pada zaman sekarang bukan lah terletak pada kain nya, bahkan warna kain tersebut yang dijadikan perbezaan antara rakyat biasa dengan orang yang berkedudukan.
NAMA DAN CIRI-CIRI DESTAR.
Destar mempunyai banyak jenis terutama mengikut negeri di Malaysia, Gelaran Destar ini juga banyak gelaran yang tersendiri mengikut Negeri. Bagi Negeri sembilan gelaran Destar ini digelar sebagai Detar, Negeri Selangor pula menggelar sebagai Setanjak, Dan bagi Negeri Perak, Terengganu dan Pahang menggelar Destar sebagai Tengkolok. Terdapat juga gelaran yang digelar sebagai mahkota Raja, Kebiasaannya di Johor. Setiap Negeri mempunyai Destar yang tersendiri dan bermacam nama yang digelarkan keatas Destar tersebut. Gelaran pada bahagian penting Destar yang merupakan peranan penting harus ada bagi penghasilan Destar. Antaranya Lambai kasih, Tunas kasih, Gelembong kasih, Takuk dan Selisih Kasih. Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk Destar yang yang terdiri daripada Destar Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba. Setiap lipatan dan Takuk yang terdapat pada Destar juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri.
Destar ini dikenali sebagai Destar Raja Negeri Sembilan Yang digelar Destar Dendam
Tak Sudah, Lambaian kasih Destar ini mengarah kekanan dan takuk Destar tersebut
mempunyai tujuh Takuk semua sekali. Ciri-ciri Destar yang merujuk kepada orang
yang berkedudukan adalah berpunca daripada takuk tersebut, kebiasaannya takuk
orang yang berkedudukan ini mempunyai lima hingga tujuh takuk yang bertingkat.
Destar ini memang sesuai untuk Dipakai oleh orang-orang kenamaan seperti Raja
kerana ciri-ciri yang terdapat pada Destar ini melambangkan orang yang
berkedudukan kepada sipemakai.
Destar ini dikenali sebagai Destar Seluk Timbo yang berasal dari Negeri Sembilan,
Destar ini menyerupai Destar Dendam Tak Sudah dan digelar sebagai Seluk Timbo
kerana Lambaian Kasih Destar mengarah kekiri, Destar Dendam Tak sudah digunakan
oleh Raja Negeri Sembilan dan bagi rakyat biasa tidak dibenarkan untuk menggunakan
Lambaian Kasih mengarah kekanan kerana Lambaian Kasih yang mengarah kekanan
itu hanyalah untuk Raja sahaja. Lambaian Kasih pada Destar memainkan peranan yang
penting bagi membezakan Destar orang berkedudukan dan rakyat biasa.
Destar ini dikenali sebagai Destar Sarang Kerengga, Destar ini adalah satu-satunya
Destar yang dipakai oleh Tunku Muhamad dan Destar yang ini dihasilkan oleh
beliau sendiri. Keistimewaan pada Destar ini adalah pada Tunas Kasih Destar ini,
Destar ini mempunyai dua Tunas Kasih yang dikiri dan kanan Destar ini jika
dilihat daripada belakang Destar. Lambaian Kasih Destar ini juga Melipat kekanan
dan melambangkan Destar orang yang berkedudukan.
Destar ini dikenali sebagai Destar Kacang Dua Helai Daun. Destar ini pernah
dipakai oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada awal
tahun 1950-an. Ia dillihamkan daripada daun kacang yang subur. Dan Destar
ini juga dipakai oleh Tunku Abdul Rahman yang terletak gambar Beliau di
wang kertas Malaysia. Ciri-ciri Destar ini adalah Lambaian Kasih nya ke-Kanan
terutamanya dan jelas dua Tunas Kasih dikiri dan kanan Destar jika dilihat
dari belakang.
Secara kesimpulannya, Destar ini kebanyakannya terhasil berdasarkan sumber alam semulajadi yang dilihat oleh pembuat Destar. Ciri-ciri yang terdapat pada Destar juga banyak memainkan peranan kepada si pemakai bagi membezakan orang yang berkedudukan dengan rakyat biasa. Walaubagaimanapun, Ia berbeza dari satu Luak Undang dengan yang lain. Bahkan cara memakainya juga ada yang berbeza dari apa yang saya pelajari. Halus seninya, Tinggi nilainya. Itulah Destar.

No comments:
Post a Comment